February 4, 2011

Jika Pernah.

Jika pernah mata kita saling memanah,
kau peringatkanlah ku di mana kita pernah bertemu,

Jika pernah bahu kita bersapa mesra,
kau peringatkanlah ku di mana kita pernah berselisih,

Jika pernah suaramu terngiang ngiang sampai,
kau peringatkanlah ku di mana kita pernah melaung,

Jika pernah kita bersinsing mengacu kepal tangan,
kau peringatkanlah ku di mana kita pernah berontak,

Jika pernah kita merasa kasar kulit diseksa,
kau peringatkanlah ku di mana kita pernah merasa,

Jika pernah kau dan aku merasa semua,
jadilah kita seteru kezaliman!

2 comments:

  1. and now... officially i admit that,
    i admire all zikri's puisi.
    teruskan menulis puisi...

    *sumpah aku cemburu.. aku nak gak hebat tulis puisi...T.T

    ReplyDelete
  2. terima kasih
    secara serius,aku tersipu sipu nie...haha
    niat di hati hanya mahu menyampai secara tersirat,sebab kalau tersurat,konfrontasi nilai kita mudah melatah di malaysia ini..
    mungkin ini medium yang terbaik bagi kita untuk berfikir,setiap bait kata menjalin laksana.
    sekali lagi,terima kasih.

    ReplyDelete