February 16, 2011

Al Fatehah untuk mu,Memali.

Aku memerlukan pencerahan dalam hal ini.
Berkaitan artikel ini, pada poin 36.
Di mana justifikasi amat dikepingin.

Ini berkaitan tentang maruah sebuah keluarga.
Ini berkaitan tentang darah yang tiada tersia.
Ini berkaitan tentang tertib yang tidak terlaku.
Ini berkaitan tentang usai peristiwa tiada akhir.

Mudah untuk kau memijak pekik suara kecil.
Mudah untuk kau menutup nyiru kelakumu.
Mudah untuk kau sembunyi bayang biasmu.
Mudah untuk kau merela darah mengalir sia.

Tapi bagi kami yang cinta ini,
bertaut kiambang tiada melepas akur.

Tapi bagi kami yang rindu ini,
biar pungguk menanti setianya bulan.

Tapi bagi kami yang lara ini,
ombak membadai pasti jua gagahi.

Tapi tiada bersebab untuk kami,
melupa darah membasahi permai!

Al Fatehah untuk mu Memali.

Agar darah ini akhirnya kan kutemu.


*pada saat bibir manusia di malaysia ini tiada lekang bicara celaka di negara orang,kembalilah!
pengembaraan mencari adil ada di mana mana.

6 comments:

  1. LIKE!
    al-fatihah untuk mereka para syuhada di sana.


    *kasi sikit ilmu tulis puisi nih..

    ReplyDelete
  2. al fatehah bagi mereka yang jauh.
    bersyukur kerna mereka tiada lagi berjumpa kekejaman sesama hamba di dunia.

    erm,haha,berkaitan ilmu menulis,erm,kena syahdu jiwanya..haha..kena membaca perkara yang menyedarkan...mungkin perlu sentiasa sedar...penting sekali,jujur...haha..poyo gler aku...ish2..truk betul...haha...

    thanks anneh..kerna sudi bertandang selalu.

    ReplyDelete
  3. owh.. benda bagus tak rugi dibaca. :)

    btw, aku pun pernah jaa post puisi..
    tapi aku tulis time aku stressed..
    plus akunya puisi mostly pasal aku ja kot..
    haha.

    ReplyDelete
  4. Adakah mereka masih buta sejarah, atau kerana beliau berada di China? Atau dia sendiri menghidap penyakit rekaannya, 'Melayu mudah lupa..'

    Whatever, al-Faatihah for them..

    SBP Integrasi Kubang Pasu Tersenarai SBT Kohort 2 : Tahniah !!

    ReplyDelete
  5. hehe,yang pasti,bukan mereka buta sejarah,tapi mereka rabun sejarah,memberi ruang tafsir yang kecil pada peristiwa memali,tiada langsung pengadilan yang seadilnya pada mereka yang pergi.

    mungkin anda boleh melihat sendiri dokumentari ini,bertajuk,al fatihah memali oleh rahmat haron.
    rasanya di youtube ada,silalah tonton ya.

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. penerangan tambahan
    bermaksud di sini bukan semata buta,tetapi keengganan dari membincangkan tentang hal ini seadilnya,hingga kini tiada badan khusus serta kertas kerja akademik dijalnkan untuk melihat peristiwa ini dari sudut ilmiah.

    rabun sejarah juga dingertikan sebagai sejarah yang sengaja disamar, untuk memberi ruang kebenaran tidak berdiri seadilnya, memberi ruang spekulasi satu pihak.

    terima kasih

    ReplyDelete