..."what happen in Tunisia,what happen now in Egypt is precisely the universal revolution for dignity,human right, and economic justice. This is universalism at work.".....
Kata pakcik Slavoj Zizek, di sini.
Tiada apa yang baru diperkata oleh pakcik yang daku bersegan ini, hanya sekadar membicara melalui apa keberanian untuk bangkit itu datang, dan ku jumpa keberanian itu, iaitu keberanian untuk liberasasi yang serius. Untuk kebaikan yang lebih cerah dari masa lampau penyeksaan.
Dan blog ini secara konsisten memperhidang wacana yang terbaik untuk dilancap pikirannya untuk segera sedar, bahawa, di dunia ini, warna mu, akar mu dan percaya mu, adalah perkara yang saling melengkapi, tanpa perlu ada manipulasi.
Pangkalnya adalah ini, seperti ujar jujur pakcik Slavoj Zizek juga,
....."one of the protester said, 'i am proud to be an egyptian' pakcik zizek berkata juga, 'i am proud for them, they gave us (the west) a lesson"...
Aku terdengar dan terbaca pojok buah fikiran seorang tua yang bisa berkata besar pada zaman 22 tahun autoritinya, yang berkata 'perubahan itu kadang bukan sesuatu yang baik'. Sungguh.
Kerna itu aku dan engkau perlu mempunyai daya fikrah yang mampu memacu serta menjalin kemas tenunan fikiran ilham, bagi membawa universalism ke satu tahap yang baru.
Di mana luka dialami umat di mana mana,biar terasa alir darahnya itu.
Ini bukan masanya untuk sekadar menuntun sepi kelip kelip sejarah ini pergi.
Ini masanya untuk kau dan aku. Yang akan hidup selamanya melalui legasi kebenaran.
erm.. mr zikri..
ReplyDeletesaya benar2 mahukan pendapat kamu mengenai artikel ini.
http://farhan-albanna.blogspot.com/2011/02/isu-semasa-mesir.html
terima kasih bagi link,hehe,erm, dri pendapat aku la kan,betul perkara ini menakutkan semua pihak, kalau aku duk kat sana pun,ak takut jgk,hehe.
ReplyDeletesebab tu kita perlu lihat isu ini dari sudut lokal, sebab apa yang berlaku di mesir tunisia ini sekarang,bukan perkara terasing, malahan melibatkan mutual of issues, saling berkaitnya kehidupan manusia (ekonomi,politik,sosial),hatta di mana anda sekalipun, tetap akan berlaku ketidakadilan, dan setiap hari, kita mengalami ketakutan, dan bagi mereka( pelajar malaysia di mesir) janganlah sekadar pulang berlenggang tanpa membawa fikrah yang dapat diaplikasi di malaysia.
contohnya begini la,berkaitan isu palestin,kita di sini, ya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi, itu solidariti yang perlu digenggam rapat,tidak kira di mana kezaliman itu berlaku,tetap perlu dilihat zalim,tapi mengapa di malaysia,merampas tanah adat org asal itu sekadar dipandang sepi,semuanya senyap menikus, walhal,itu tetap zalim.
sebab tu,bagi aku,perlu localize the issue.
aku x tau menjawab soalan atau x,atau hg nk tau psal ptt depa balik atau stay...hehe
klu psal balik atau x...bg ak,bergantung pada keadaan masing2,jangan campak diri ke dalam kebinasaan,rite?