Kini rasa rasa kejam itu masih menyiat membuka luka sengsara wasiat pejuang anak anak merdeka,
mengalirkan semula darah darah hanyir yang seakan tidak pernah usai suamnya pada janji luka merdeka kita,
aku tak pernah percaya pada kemerdekaan mu wahai Olfos kerana balaci balaci mu masih kental memerintah pecahan pecahan negara,
bukan saja pada pengejaran mereka pada kebendaan malahan hampir sahaja ia meragut rasa bangga anak anak merdeka,
mengalih terhadap apa yang sekian kami percaya bahawa penjajahan ini tidak akan beransur luluh tanpa perlawanan sebenar,
antara kita yang gagal mentafsir kebenaran serta hanya mampu patuh pada batil yang terang,
adakah perjuangan ini sekian kau terdengar tujuh laungan merdeka itu sahaja,
itupun oleh mereka yang sanggup menurut kerana kuasa,
atau kau mahu berada di hadapan meragut kembali kebenaran masa dan ruang nostalgia anak anak merdeka semua,
kerana aku percaya yang engkau percaya bahawa perjuangan ini masih jauh dari penghabisan duniawi,
kerana sisa ini bakal dibalas jujur oleh yang percaya terhadap kemerdekaan,benar benar,
di mana mati adalah akhirnya kau dan aku merdeka aman wahai anak anak merdeka.
No comments:
Post a Comment