May 30, 2011
Dua Dinding
May 26, 2011
Bayang-Bayang
May 19, 2011
Perjuangan Anak Merdeka.
Kini rasa rasa kejam itu masih menyiat membuka luka sengsara wasiat pejuang anak anak merdeka,
mengalirkan semula darah darah hanyir yang seakan tidak pernah usai suamnya pada janji luka merdeka kita,
aku tak pernah percaya pada kemerdekaan mu wahai Olfos kerana balaci balaci mu masih kental memerintah pecahan pecahan negara,
bukan saja pada pengejaran mereka pada kebendaan malahan hampir sahaja ia meragut rasa bangga anak anak merdeka,
mengalih terhadap apa yang sekian kami percaya bahawa penjajahan ini tidak akan beransur luluh tanpa perlawanan sebenar,
antara kita yang gagal mentafsir kebenaran serta hanya mampu patuh pada batil yang terang,
adakah perjuangan ini sekian kau terdengar tujuh laungan merdeka itu sahaja,
itupun oleh mereka yang sanggup menurut kerana kuasa,
atau kau mahu berada di hadapan meragut kembali kebenaran masa dan ruang nostalgia anak anak merdeka semua,
kerana aku percaya yang engkau percaya bahawa perjuangan ini masih jauh dari penghabisan duniawi,
kerana sisa ini bakal dibalas jujur oleh yang percaya terhadap kemerdekaan,benar benar,
di mana mati adalah akhirnya kau dan aku merdeka aman wahai anak anak merdeka.
May 14, 2011
Hari Nakba.
May 11, 2011
Perkembangan Kebijaksanaan Dan Pacuan Sains Serta Teknologi , Satu Persoalan.
- Pada peringkat pertumbuhan masyarakat moden yang mana memungkinkan berlaku langkau masa atau lohong peristiwa yang menyebabkan pacuan ilmu teknologi melepasi keperluan kebijaksanaan masyarakat?
- Adakah proses ini berlaku secara "consequentiality", seiring dengan kepesatan atau kedebaran yang meliputi proses percambahan sains dan teknolgi dan mengenepikan peranan kebijaksanaan?
- Adakah berlaku kontradiksi yang tegar antara kebijaksanaan bersama sains dan teknologi dalam menempuhi percambahan zaman?
- Bagaimana mungkin, masyarakt moden hari ini, meliputi keseluruhan sturktur masyarakatnya mampu untuk mendepani suasana yang terjadi kini?
- Dan apakah cara kita dalam memahami kemampuan struktur kerajaan itu sendiri dalam menyediakan ruang bagi keseimbangan kedua dua entiti?