January 24, 2011

Makanan Pikiran 8#

Baca ini.

Sesak.Lemas.Saat bila kita memikir waras hal ini.
Di Amerika sana,anak anak sejak usia muda melawan obesiti.
Di merata-rata tempat,anak anak sejak usia muda menagih nutrisi.
Di mana seimbangnya dunia kita kini.

Jika kita hanya mampu melihat dan serahan atas takdir Tuhan menjadi zikir harian.

Tidak pernah upaya mahu melawan ketidakadilan yang datang.
Tidak pernah upaya mahu melawan ketidaksamaan yang hadir.
Tidak pernah upaya mahu melawan kecelakaan yang menimpa.

Jika kita hanya mampu berkata dan serahan atas takdir Tuhan menjadi zikir harian.

Bangkit dan jadilah manusia yang sebenar benar nyata!

2 comments:

  1. Berkata dan berserahlah kepada takdir Allah setiap hari, namun tetap sedar realitinya bahawa Allah hanya akan menjaga kita apabila kita menjaga hubungan denganNya.

    Bangkit berusaha melalui Islam, insyaAllah akan dipermudahkan dan dibantu. Manusia tak akan mampu menangani apapun jika tanpa rahmat daripada Allah.

    Ini realitinya. Betapa satu dunia bersatu atas nama United Nations dan cuba memerangi poverty dan kelaparan tapi masih gagal.

    ReplyDelete
  2. betul,berserah itu benar,tapi usaha itu juga perlu,dan dunia bersatu di bawah United nations?aku x nampak benda tu berlaku pun,jika masih ada negara yang ada kuasa veto,maksudnya,hanya segelintir yang memegang dan menentu arah tujuan pergerakan.
    dan aku juga tidak ada permasalahan dengan Islam,itu pasti.

    dan metod bangkit melalui Islam itu juga perlu kit perhalusi,dalam bentuk yang bagaimana,kerana di Malaysia ini juga,gerakannya bertindak di atas satu garisan superficial,tidak terang,mereka boleh bicara mahu melaksana,tapi bagaimana,melalui apa?

    aku menyokong kau dalam hal ini,iaitu,tanpa rahmatNya,manusia tak akan mampu menangani apapun.Sebab tu niat kita dari awal sgt penting,dan niat aku dan engkau,yang pasti,mahu membawa kebaikan dan menjadi manusia yang nyata!

    teriam kasih.

    ReplyDelete