Aku sudah tidak larat untuk menaip di dalam bahasa inggeris.
Aku mengikuti dengan rapat apa yang berlaku di Tunisia sekarang.
Situasi ini berlaku,bagi aku adalah kerana tiga faktor signifikan yang secara berterusan membelenggu saudara saudaraku di sana.(Dan saudara saudaraku adalah mereka yang tertindas.)
Di mana berlakunya tekanan politik melampau,ketiadaan peluang pekerjaan dan kemiskinan.
Baca di sini.
Perhalusi pada dasarnya, di mana rakyat mereka akhirnya akur pada satu sistem partisipasi,pada satu medium yang melibatkan "selective representative".
Iaitu pilihanraya.
Bagi aku, tiada yang terkesan bagi mengubah satu sistem yang korup ini,hanya melalui pilihanraya sahaja.
Kebangkitan ini lebih manis dengan adanya kesedaran penglibatan total semua peringkat seperti apa yang berlaku kini,muda dan tua, awalnya kebangkitan rakyat Tunisia yang dijalin di atas total praktis reaksionari dan reaktif terhadap rejim Ben Ali.
Ini adalah kerana aku percaya pada "direct action" yang ampuh.
Yang bisa membuat sang pemerintah akur.
Bukan sebarang akur yang dipinta,tapi beriringan dengan keperluan rakyat.
Doakan mereka dengan jaya.
Solidariti ku buat mereka yang berani.
Aku nampak seperti daripada taghut kepada taghut yang lain. Tetap sama. Demokrasi hanya alat. Keberkesanan demokrasi bergantung kepada mereka yang menggunakannya.
ReplyDeletebetul tu,sebab tu awareness sgt2 diperlukan,medium media sgt2 perlu diperkuatkan,pendidikan tentang partisipasi massa perlu di'revive' kembali.
ReplyDeletekadang kita lupa apa itu demokrasi
teringat kata Liu Xiaobo,apalah yang Marx mampu buat jika kerajaaan China yang kini memerintah waktu dia kembangkan idea pasal Communist Manifesto,padahal idea yang Marx tgh kembangkan waktu itu,berlaku pertembungan ilmu yang lebih parah,pasti ilmu yang ada kini tidak dapat berkembang,dan begitulah juga kita kini,tiada cara mahu kehadapan kecuali melawan serta mencabar ilmu yang sedia ada,termasuklah autoriti yang menyekat!