Masih enggan menulis dalam Bahasa Inggeris.
Ketika aku menulis ini, aku masih memikir akan prospek, lahirnya satu takat dalam merencana kewarasan politik, di mana sesuatu isu, yang benar benar berat yang bakal menjadi penghitung segala janji, menjadi tambatan pada yang benar benar mengagung pada isu peristiwa yang sebenar dan sepatutnya.
Hilang waras isunya, bila yang diputar, hanya sekadar bermain di sekitar kononnya, warna kulit kaumku sudah pudar, lusuh diinjak musuh.
Hilang waras isunya, bila yang diputar, hanya sekadar bermain di sekitar kononnya, waris ku tiada lagi boleh berharap, putusnya sillaturrahim kurniaanNya.
Hilang waras isunya, bila yang diputar, hanya sekadar bermain di sekitar kononnya, percaya ku kini bukan hanya padaku dan Khalidku, tapi autoriti yang mahu monopoli.
Ketika aku menulis ini,aku masih tidak merasa yang fikiran ku yang terawal tadi itu sudah berjaya ditafsir cerna, kerana kewarasan, dalam dunia ku kini hanya pada luaran, tiada guna bagi batinmu yang dalam itu, hanya untuk dirimu sahaja. Dan jika nasib mu berbaik, hanya tuhan mu, tempat bicara jujur. Dan yang pasti, nasib mu itu selalu baik.
No comments:
Post a Comment