August 20, 2011

Latar Kegilaan.

Ada soldadu merela,
ada jendral berkata,

patuh taklid kibar bendera,
lancar segala tumbuk kuasa,

Sudan, Palestin, Libya,
Syria, Tunisia, Mesir,

dentum dentam militarisme,
porak peranda kemanusiaan,

taklid buta teras kuasa,
mengangguk buta kesima,

pak dalang orang tua,
anak muda bermain bayang,

yang terluka masa depan,
bermula kini sudah terbeban,

anak muda harus melawan,
militarisme ideologi royan,

sedarlah sedar wahai pernyataan,
hanya yang benar bangkit melawan,

hentikanlah militarisme harian,
kerna jelas ia satu penipuan!


* aku begitu terkesan, hari harian, kita seakan merela, tubuh anak kecil ditembusi peluru tumpul sang penakut, yang mahu ekonominya dipacu atas dasar kononnya keselamatan,
walhal jelas, tindakan keras ini bakal memastikan kemampanan dendam, melahir anak anak yang mahu membalasnya, atas nama apa sekalipun.
Hentikan militarisme, hentikan peperangan!

No comments:

Post a Comment