Sok Sa Bai ( Apa khabar kamu? ) , jawabnya Sok Sa Bai ( Apa khabar kamu ) juga.
Ini asas bual di negeri yang bisa dikata ngeri, dahulu, sejarahnya besar, berlipat dari agungnya rakyat Angkor menubuh kerajaan bersulam maju agrarian hinggalah pada bibit bibit moden yang berdarah, jua hasil dari edan ajenda Zaman Kosong Pol Pot yang juga bersifat agrarian. Satu ironi yang relevan, agrarian pemacu maju dan sengsara pada rakyatnya walau beda zaman.
Catatan ini akan bersifat pandangnya pada bucu bucu kotak sfera sosial, di mana ekonominya, politiknya dan sosialnya diberi perspektif jujur dari kaca mata penulis. Jika ada mana mana bahagian yang tidak elok, tidak molek, bisa diunjur soalnya untuk kita bisa berkongsi sama.
Sampainya penulis ini bertiga, seorang sepupu dan seorang rakan, di negara sejarah lebar yang tembungnya sudah berlaku awal dengan tamadun tamadun awal yang lain di sekitar semenanjung Arkipelago Melayu, dengan asas penubuhan negara rakyat Angkor ini asasnya pada pertanian, kemajuan pertanian, yang jika diurus elok elok, tampak relevan pada saat saat gersang dunia moden ini yang kurangnya sumber makanan berasas pertanian ( yang lebih rela dijadi bahan bakar api, contohnya tanam jagung di Brazil yang dipaksa untuk menampung kantung mesin dan bukan manusia).
Berjejak kaki penulis di tanah Kampuchea ( zaman modennya digelar Kemboja), suria baru sedar tapi jelas, mentarinya terik terik jelas, persis jelasnya korupsi yang belenggu dalam pembudayaan struktur kerajaannya bila diriku sendiri diperas pegawai Kastam, tetapi diri ini enggan, berbuat buat tidak faham dan bertegas bahwa diri ini tidak perlu melunas nafsu korupsi, tetapi saudaraku tewas kerana malas untuk lanjut perkara dan bayaran tunai lima Dolar Amerika bertukar tangan, bernilai korupsi.
Usai di kaunter Kastam, gegas bertukar wang, dari Dolar Amerika pada Kemboja Riel, dan gerombolan datang untuk bertawar servis tuktuk ( pengangkutan awam, motorsikal beroda empat, berkapasiti suka hati, gamaknya ). Tujuh Dolar untuk ke pusat bandar, pengamatan jujur sepanjang ke pusat bandar, sepanjangnya, gerak tenaga usahawannya tampak hidup, kiri kanan jalan penuh dengan barang jualan ( dari ayam hidup hingga roti perancis) dan jalan hidup hari harian ( dari pelaku nyahtinja di dinding dinding kota hingga pada hamba tuhan membakar colok sembahyang) walau debu kering sudah mengapung di udara berhawa panas, bagi yang tidak biasa, boleh jadi gusar kesihatannya. Di lapangan terbang, ketemu Moey dan Kasol, dua susuk proletariat yang bisa mencari rezeki halal menghantar penumpang ke hotel hotel sekitar Phnom Penh.
Pembangunan infra berlaku pesat di sekitar bandar ini ( dan pada penulis,agar pesat juga bangunnya fikrah rakyatnya ), jalannya sesak sedang bersimpang siur dipenuhi rakyat jelata melaku aktiviti,dan lebih kurang tiga puluh minit, syukur sampai ke Khmer City Hotel, betul betul di tengah bandar Phnom Penh. Hotel baru bina ini sederhana sifatnya, tetapi lengkap, sesuai buat inap rehat sementara tunggu ke Siem Reap. Usai daftar masuk hotel, berkongsi katil dengan rakan dan lelap hingga lebih kurang pukul tiga petang, kerana penat malamnya belum selesai.
Pembangunan infra berlaku pesat di sekitar bandar ini ( dan pada penulis,agar pesat juga bangunnya fikrah rakyatnya ), jalannya sesak sedang bersimpang siur dipenuhi rakyat jelata melaku aktiviti,dan lebih kurang tiga puluh minit, syukur sampai ke Khmer City Hotel, betul betul di tengah bandar Phnom Penh. Hotel baru bina ini sederhana sifatnya, tetapi lengkap, sesuai buat inap rehat sementara tunggu ke Siem Reap. Usai daftar masuk hotel, berkongsi katil dengan rakan dan lelap hingga lebih kurang pukul tiga petang, kerana penat malamnya belum selesai.
Bangkit dari tidur, segera mencari makan, bertemu lokal di lobi hotel, bertanya arah ke Kentucky Fried Chicken ( yang sudah lama tidak disantapi penulis, hampir dua tahun lamanya ). Di sini, syarikat konglomerat ini dibawa Johor Corporation, jadinya ia halal, hampir kesemua material masakan dibawa dari Malaysia kecuali ayamnya, yang difahamkan, disembelih di luar kawasan Phnom Penh di satu perkampungan Muslim Champa. Habis makan di sini, singgah sebentar di Sorya Shopping Centre, melihat lihat serta membeli makannya ( sebuku roti dan tin sardin ) untuk alas esoknya pula. Harga makanan di sini agak mahal, pengamatan penulis, mungkin kerna kebanyakan makanannya diimport dan tidak dibuat lokal, tetapi jelas, peluang untuk pasaran tampung keperluan masih terbidang luas, doanya agar rakyatnya sendiri, satu hari nanti, yang bisa mampu menggerak tampung keperluan makanan jelatanya.
Hari pertama di sini bergerak perlahan, kerna beza waktu lambat sejam, dan sisa sisa waktu itu, diluang untuk merancang hari esok, agar kedapatan rancang yang baik untuk melihat negara orang agar beroleh yang baik baik pengalamannya biar menyedar diri akan erti.
(bersambung)
gambar mana bang? haha
ReplyDeletehaha, belum ada kak. nanti ada gambar pemandangan dan orang orangnya, bisa diberi kelak ya.huhu.maaf.
ReplyDeleteuntunglah dapat jalan! selamat berjalan bro! :)
ReplyDeletethanks mam,rindu sama kamu bah.haha.bila boleh jumpa ya? Di bersih 3,mungkin?haha.
ReplyDelete