March 27, 2011

Tembolok Tengkolok Kuning.

Saban hari kini pekikan dan laungan pihak pihak bangkrap akal memanggil manggil,

akan kononnya si pemakai tengkolok bersulam benang emas itu benar benar suci,

kononnya terpelihara dari cela manusiawi hingga kadang aku yang masih waras ini,

segan meminta ampun pada tuhan lantaran tinggi menjulai darjatnya diangkat dari marhaen,

masih ramai membicara pacal,patik tanda akur tunduk hina pada perlambangan,

tiadakah seorang antara kamu mahu sedar jika kebenaran itu pahit,

mungkin dalam negeriku ini perlambangan adalah segalanya menghasilkan juah pada empunya diri,

kononnya sang perhiasan di muka duit itu tidak patut menjadi anak manusia,

lagaknya seperti lagak anak anak tuhan matahari Re nun di lembah Nil,

tak ku sangka yang masih Islam di sini ini sanggup menyembah sesama manusia,

atas nama tradisi,perlambangan kata nya dan mahu aku bertanya benar,

tunjukkan kitab dan surah itu wahai si pengagung taklid membuta tuli,

aku yang jahil ini mengakui perasan ada nya surah raja raja adil dan zalim,

di dalam kitab ini tapi jauh sekali mahu diangkat bagai tuhan tidak tercela,

kononnya bila enggan mahu tunduk atas nama perlambangan ini,

segera setem besar cap penderhaka ini dicop oleh para pembesar,

yang semuanya rela menjadi anjing menggonggong perintah lunak,

tangkap,hukum,cela,mati semua demi tembolok tengkolok kuning itu,


tiada tertahan hamba berkias,

mahu sahaja berterus terang,

malunya hamba jika mendayus,

jalin berkata jalin merancang,


berhati hati menuai bakti,

tiada berbantu melawan budi,

kami rakyat kuasanya sakti,

bisa menenggelam juah diri,


banir akar memegang julai,

julai pohon bisa menangkah,

patuh hamba agung bernilai,

adil aturan tiada bersanggah!

No comments:

Post a Comment