March 17, 2011

Pada Mereka Yang Terbuang.

aku tidak pernah kenal mereka itu,
aku mungkin pernah senakal mereka,
aku punyai rakan yang akhirnya pergi,
aku mungkin bercucuran ayer mata menangisi,

kadang mudamu ini hanya sekali tiada berputar,
kau menempuh segala tika kecil jadi dunia,
yang bisa kau menawan tika akhir mu pergi,
dan jadikanlah akhirmu itu sebaik hasilnya,

yakinlah, matangmu itu bukan di persekolahan,
tuntutnya ia tika kamu berada di bawah terhina,
rancang menjamin lompat kamu ke arah baik baik,
dan di situ terlahir jati kamu anak muda terkesan,

ingatlah, persekolahan bukan akhirnya,
kau buktikan segalanya masih ada bersama,
jangan kau simpan dendam kecuali semangat,
untung mu kelak cekal membimbing pesat.



solidariti bersama pelajar yang dibuang, di mana jua anda berada.
kadang muda mu itu engkau menjadi nakal,sematkan dadamu,bahwa persekolahan itu hanya satu, dari pelbagai peristiwa dalam hidupmu,bangkitlah dikau, buktikan janjimu,jika akhirmu itu tiada beradil,jadikanlah ianya satu pengajaran buat dirimu,mendepani masa,dan senantiasa berubah menjadi baik!

aku tidak advokat akan proses pembulian, aku advokat akan proses pematangan.


2 comments: