January 24, 2011

Makanan Pikiran 7#

Baca ini.

Mungkin sesetengah dari kita, akan berkata bahawa dalam dunia, pasti akan ada penindasan.

Tapi pernahkah kita terfikir,mengapa perlu ada penindasan, untuk memuas hati sesetengah?

Pernahkah kita terfikir, penindasan itu akarnya dari mana?

Pernahkah kita terfikir, hanya untuk sejenak?




January 23, 2011

Makanan Pikiran 6#

Masih enggan menulis dalam Bahasa Inggeris.
Ketika aku menulis ini, aku masih memikir akan prospek, lahirnya satu takat dalam merencana kewarasan politik, di mana sesuatu isu, yang benar benar berat yang bakal menjadi penghitung segala janji, menjadi tambatan pada yang benar benar mengagung pada isu peristiwa yang sebenar dan sepatutnya.

Hilang waras isunya, bila yang diputar, hanya sekadar bermain di sekitar kononnya, warna kulit kaumku sudah pudar, lusuh diinjak musuh.
Hilang waras isunya, bila yang diputar, hanya sekadar bermain di sekitar kononnya, waris ku tiada lagi boleh berharap, putusnya sillaturrahim kurniaanNya.
Hilang waras isunya, bila yang diputar, hanya sekadar bermain di sekitar kononnya, percaya ku kini bukan hanya padaku dan Khalidku, tapi autoriti yang mahu monopoli.

Ketika aku menulis ini,aku masih tidak merasa yang fikiran ku yang terawal tadi itu sudah berjaya ditafsir cerna, kerana kewarasan, dalam dunia ku kini hanya pada luaran, tiada guna bagi batinmu yang dalam itu, hanya untuk dirimu sahaja. Dan jika nasib mu berbaik, hanya tuhan mu, tempat bicara jujur. Dan yang pasti, nasib mu itu selalu baik.


Makanan Pikiran 5#

Masih tidak larat menulis dalam Bahasa Inggeris.
Kecamuknya dunia ini kini, memberi erti yang sama pada perjuangan yang aku sedang percaya kini, di mana mana pun, manusia ada hanya satu tuju yang nyata, PEMBAIKAN.

Tidak ada anasir anasir yang lebih agung serta lengkap bagi menggambarkan situasi ini.
Dan pembaikan ini datang dengan hanya bila kita memahami fungsi sebenar seorang manusia itu, yang mencorak fungsi seorang manusia dan yang menjalankan fungsi sebagai seorang manusia yang nyata.

Analoginya mudah, akar membanting gagah, batang pokok memperkasa alam.

Jadi di dalam perjuangan kita ini semua, yang kecil atau besar, adakah kita kini sedang menjalani apa yang sepatutnya, ke arah menjadi manusia yang nyata, di mana kesedaran tentang penindasan itu, yang kecil atau besar, menjadi yang utama?

Persetan segala warna, segala warisan, segala percaya.

Yang akhirnya, pokok yang mengjulai tunas ke atas itu, jika tiada akar yang sanggup membanting keras, memenuhi segala pundak keperluan, mengapa perlu kita setia?

January 16, 2011

Makanan Pikiran 4#

Aku sudah tidak larat untuk menaip di dalam bahasa Inggeris.
Belum usai revolusi di Tunisia,ia berjangkit di keseluruhan semenanjung Afrika.
Rakyat bangkit bersama rakan dan taulan membentuk ketumbukan revolusi.
Tapi, bagi diri ku,ia bagai mencetus satu kesempatan untuk segera melihat pada lembaran sejarah lalu yang menjadikan perang perang dunia 1 dan 2 satu kenyataan pahit bagi sejagat.
Pendedahan Wikileaks dalam mempertimbang kembali hubungan diplomasi pada sang penguasa yang mengatur kuasa,bagaikan satu peristiwa, yang bakal menjadi pemangkin pada tercetusnya peperangan,untuk mengekal dominasi patungan kuasa di pelosok dunia.
Fahami situasi di sini,dan fikirkan,adakah berbaloi bagi Assange untuk menjadi pemangkin kepada bakal tercetusnya satu lagi peperangan,atas nama liberasi manusiawi.
Atau adakah kemampuan kita semua dalam menilai aksi masyarakat akan membentuk perlakuan negara(baca:kuasa),yang kian hilang fungsinya untuk mencipta sejarah baru yang bebas dari dominasi,dengan perang menjadi mediumnya?


January 14, 2011

Makanan Pikiran 3#

Aku sudah tidak larat untuk menaip di dalam bahasa inggeris.
Aku mengikuti dengan rapat apa yang berlaku di Tunisia sekarang.
Situasi ini berlaku,bagi aku adalah kerana tiga faktor signifikan yang secara berterusan membelenggu saudara saudaraku di sana.(Dan saudara saudaraku adalah mereka yang tertindas.)
Di mana berlakunya tekanan politik melampau,ketiadaan peluang pekerjaan dan kemiskinan.
Baca di sini.
Perhalusi pada dasarnya, di mana rakyat mereka akhirnya akur pada satu sistem partisipasi,pada satu medium yang melibatkan "selective representative".
Iaitu pilihanraya.
Bagi aku, tiada yang terkesan bagi mengubah satu sistem yang korup ini,hanya melalui pilihanraya sahaja.
Kebangkitan ini lebih manis dengan adanya kesedaran penglibatan total semua peringkat seperti apa yang berlaku kini,muda dan tua, awalnya kebangkitan rakyat Tunisia yang dijalin di atas total praktis reaksionari dan reaktif terhadap rejim Ben Ali.
Ini adalah kerana aku percaya pada "direct action" yang ampuh.
Yang bisa membuat sang pemerintah akur.
Bukan sebarang akur yang dipinta,tapi beriringan dengan keperluan rakyat.
Doakan mereka dengan jaya.
Solidariti ku buat mereka yang berani.

January 10, 2011

Makanan Pikiran 2#

Aku sudah tidak larat ingin menaip di dalam bahasa Inggeris.
Hanya ingin berkongsi dengan kamu semua yang sudi berpikir tanpa dogma.
Cuba baca dan hadam berita di sini.
Adakah perpisahan yang mahu dicapai oleh mereka?
Adakah bernegara memberi erti merdeka?
Adakah tiada sia sia bagi anak anak mereka terbenatang sempadan?
Utara dan Selatan mu,wahai Sudan,beringatlah pada pemimpinmu wahai rakyat,
yang mereka hanya mahukan permata hitam mu itu.
Kedamaian enggak bisa tercapai melalui perpisahan yang sengaja.

January 4, 2011