June 27, 2011

Bapak Samad Said, Doa Kami Untuk Mu.

salute ku pada pak samad.

i.
bapak, saya patuhi pesan bapak,
kata kata saya akan menjadi penentang,
kata kata saya akan menjadi timbang tara,
kata kata saya menyampai yang benar,

ii.
agar untuk kesekian kali bapak,
kata kata saya gunanya untuk meruntuh,
kata kata saya gunanya untuk rasa,
kata kata saya gunanya untuk membina,

iii.
bapak, salute ku pada mu.
lingkung cakup doa kami sampai buat bapak,
kita ini tidak punyai apa, selain kata,
dan wajib saya menggunakannya bapak,

iv.
bapak,apa hina kami menuntut adil,
hati kami terguris bapak diperdagang hina,
laksana hamba menyeberang sempadan nesta,
tapi kami bertuntut bangkit, bersedar rakyat beriring.

catatan kecil.
bapak samad, sosoknya ditahan soal siasat oleh aparat penguasa ketar,
hanya kerna kononnya, katanya menghasut, ya, menghasut kearah kebaikan,
dan sekali kamu (aparat) menyakiti bapak, nahas!

4 comments:

  1. ya, bapak samad said, ini sumbangan paling kecil aku boleh buat untuk dia. doa.
    nanti google kenapa ini doa, harapan untuk bapak samad said ya.

    ReplyDelete
  2. woah.. terharu... pak samad pojaan hatikuu.

    ReplyDelete
  3. haha, kita pernah jumpa pak samad kot dulu,
    kat kinokuniya,klcc.haha. nak minta ambil gambar, tapi semua malu malu.
    harap pak samad sentiasa dinaungi oleh Tuhan Esa kita.
    sudah tekad pada diri, jika ketemu di Bersih nanti, mahu cuba upaya untuk melindungi pak samad jika diapa apakan.

    ReplyDelete